hikayat burung cendrawasi
Sahibul
hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan
seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal
usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang
arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan
para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat
sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh
adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘
yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun
dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.
Amatlah
jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini
bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini
hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah,
kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih.
Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.
Syahdan dinyatakan
lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke
bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih
akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya,
burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini
kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia
mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung
cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang,
ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau
bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian
secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini.
Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di
kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih.
Bagi
kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung
Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja
China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan
panggilan ‘Bird of Paradise‘.
Secara
faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada
bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta
yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN
JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang
pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh
tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah.
Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur
lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa
generasi yang mewarisi burung ini.
Telah
dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai
pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah
bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk
perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih
digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya
seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk
dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai
pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling
besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang
pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan,
misteri, ajaib, tuah. [Phoenix/infokito]
0 komentar:
Posting Komentar